20081208

Salam Aidil Adha

Salamullah alaikum...


Eid mubarak kepada semua umat Islam. Sesungguhnya Hari Raya Korban bukanlah sekadar ritual untuk kita rayakan. Namun, hari semulia ini sepatutnya adalah pengertian, penghayatan dan pelaksanaan di sebalik peristiwa korban itu sendiri. Jadi, singkap kembali bagaimana tegarnya Nabi Ibrahim a.s mahu mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s semata-mata kerana perintah Al-Khaliq...

Aidil Adha basah disimbah hujan

Saat mata terbuka demi meraikan Aidiladha kali ini, bumi di luar sudah basah ditimpa hujan. Alhamdulillah, hujan rahmat kiranya. Awalnya saya fikir hujan itu cuma sementara sementelah memang musim tengkujuh sedang melanda bumi Malaysia kini. Sangkaan saya meleset. Hujan terus-terusan turun tanpa henti sepanjang hari. Walaubagaimanapun, keadaan tersebut langsung tidak mematahkan semangat untuk meneruskan ibadah korban.

Bencana

Tidak cukup dengan bah yang melanda 3 negeri di Pantai Timur, timbul pula isu tanah runtuh yang menenggelamkan sebuah banglo di Ulu Yam lantas mengorbankan 2 nyawa. Belum sempat isu tersebut selesai, datang pula satu lagi khabar buruk yang menggemparkan Bukit Antarabangsa. 14 banglo ranap ditimpa tanah runtuh! Sekali lagi mengorbankan beberapa nyawa dan beberapa jiwa lagi masih hilang. Semoga mereka yang terlibat dengan semua bencana ini tabah mengharungi mehnah yang datang.

Wallahua'lam...

No comments: