20090729

Terkisahku Diantara

Alaika Salamullah...

Sekali lagi saya mohon maaf kepada laman ini. Untuk kesekian kalinya saya membiarkannya kesunyian tanpa sebarang kemas kini. Perasan sibuk mungkin.

Akhir-akhir ini banyak yang berlaku. Terlalu banyak yang agak membebankan andai terus disimpan. Terus-terang saya akui, saya hampir lelah dengan semua itu. Walaupun tidak terukir di wajah, namun Sang Pencipta tahu segala-galanya.

Pernah saya terfikir betapa payahnya hidup ini. Sayangnya, saya lupa bahawa itulah rencah dalam kehidupan. Takkan terasa manisnya hidup andai tak dilambung gelora. BENAR, Allah tak pernah meninggalkan hambaNya. Datang dan sujudlah padaNya, pasti tak akan dikecewakan.

Saat saya hampir tumbang dengan segala mehnah dan cabaran itulah saya ditunjukkan dengan bermacam-macam perkara. Allah mengingatkan saya dengan pelbagai cara. Segalanya seakan kebetulan. Akhirnya saya akur. Mungkin diri ini semakin jauh meninggalkanNya.

Ya Ilahi Rabbi,

Ampunkanlah segala khilaf dan salahku
Maafkan aku datang padaMu hanya tatkala diriku kesulitan
Namun Ya Allah
Kau tetapkanlah Iman di hati ini
Ingatkanlah aku seandainya aku alpa
Perbetulkan aku seandainya aku tersalah
Moga hati ini tetap teguh di atas jalanMu...

Buat sahabat-sahabatku,

Diri ini terlalu menyayangi kalian
Maafkan andai ada yang terguris
Bukan niat di hati untuk merosakkan segalanya
Cuma mungkin diri yang tersalah langkah
Satu harapan dariku
Moga ukhwah yang tersimpul takkan terputus bak tasbih yang diratib...

3 comments:

nuRRul syafi_iZZan said...

sirru 'ala barakatillah ya ukhti..

memang ini jalannya menuju Ilahi..

penuh cabaran..
tapi yakinlah smuanya mndapat pndgn Ilahi jika disertai butir2 keikhlasan..insyaAllah

Al-Mukhlisah said...

tme kaseh kak....
mmg jlnnye x mdh...
tp kne trus laluinye...
doakan sy trus brthn atas jln ni...

norfarahintaib said...

diriku sentiasa ada utk menyapotmu wahai adik...

~kerana kau adikku~