20100606

Fragile Daie

Alaika Salamullah...

Asif... Diri ini masih liat untuk menulis lagi.

Justeru, karya insan lain terus dicedok... Huhu :P

Moga jadi pengajaran duhai sahabat-sahabat sekalian~~

Disentuh goyah,
Digenggam retak,
Dihantuk pecah,
Fragile, rapuh, seperti kaca adanya.

JANGAN JADI FRAGILE!


Teman-temanku, dengarkanlah,

Duhai hati, tarbiyah itu kan baik.
Dakwah itu kan mengubahmu.
Jadi sang hati, izinkanlah tarbiyah masuk.
Biar ia buat sesuatu.
Kau cubalah tahan sekejap.
Jangan pecah.
Jangan hancur berkecai.
Tahan sedikit ya..

Allah mahu kita rasai kebahagiaan itu.
Ia untuk hati-hati yang terpilih.
Hati yang pernah berhubung dengan-Nya.
Hati yang pernah duka sengsara dahulu.
Lalu hati itu minta dicuci.
Tahan sekejap ya..

Biar bergenang, menitis air mata ingatkan Allah.
Dengan penuh rasa kehambaan dan pengharapan, Dia Murabbi Paling Agung kita.
Kita sabar ya, kita kuatkan langkah-langkah kita.
Please, jangan kita pecah.

Marilah saling menguatkan satu sama lain.
Membina bangunan yang kukuh bersama-sama.

Fragile me and fragile you, we can create a synergy together.
Ayuh sebarkan kebaikan di muka bumi ini. Cukuplah menjadi fragile


credit to :
freshie

No comments: