20110201

Sounds familiar, rite? ^^

Alayka Salamullah...
Holiday~~again!!!

Alhamdulillah...

This is not just a holiday, but a timeline for you named Siti Noorhidayani Mohd Salamun to tarbiyah your ownself for becoming a good Muslim and Mukmin. Fighting!!!

Belek-belek, terjumpa yang ini. Mahu share dengan semua~~ ^___^




Bisikan hati insan,,,

"......I did it again. The very same mistake. Dalam keadaan sedar. Dah tahu itu salah tapi masih nak buat. What's wrong with me? Mu’min is not supposed to repeat the same mistake. Syaitan mesti tengah berguling ketawakan aku. Aku ikut arahan makhluk terkutuk tu lagi. Kenapa aku buat lagi benda tu? Setiap hari baru yang aku hidup, petanda Allah bagi satu lagi peluang untuk aku berubah. Tapi...?


Kenapa susah sangat aku nak elak dari dia? Padahal aku sangat tahu yang aku tak sepatutnya dekat dengan dia. Aku tak sepatutnya fikir pasal dia pun! Allah sediakan dia sebagai ujian untuk aku. Belum apa-apa lagi aku dah gagal..! Huh, bukan main aku berusaha tak nak gagal dalam exam JUST. Tak nak repeat year konon. Tapi kenapa aku tak kesah gagal dalam ujian Allah..? Ujian yang tak boleh nak repeat2..?


Allah dah suruh aku tundukkan pandangan. Jaga batas pergaulan. Jaga hati. Tapi macam mana aku boleh buat tak endah dengan arahan tu? Yang menyuruh tu siapa? Dia yang cipta aku! Aku dengan rileks dan slumberland-nya bantah apa yang Dia suruh. Dasar tak sedar diri. Kotornya hati aku! Dan setiap hari aku macam seronok buat aktiviti pengotoran hati tu.


O Allah forgive me. Aku sengaja buat apa yg Kau tak kasi. Aku macam cabar Kau pulak. Aku sombong dengan Kau. Apa yang Kau suruh aku tak pernah buat betul-betul. Semuanya sambil lewa. Main-main. Tengah menghadap Kau pun hati aku fikir benda lain. Orang lain.


Aku lupa, setiap udara yang aku sedut ni Kau yang punya. Setiap pergerakan, pertuturan aku ni dengan izin Kau. Setiap sel yang berfungsi dalam badan aku bergerak mengikut kehendak Kau. Tapi aku? Aku gunakan segala hak Kau, kepunyaan Kau, untuk membantah suruhan Kau. Aku gunakan kaki, mata dan badan milik Kau ni untuk buat larangan Kau. Hinanya aku ya Allah. Aku hamba yang lupa diri.


Tapi betapa aku lupa pada Kau pun, Kau tetap sayang aku. Kau tak pernah jemu bagi aku peluang baru. You nvr leave me alone. Kau sentiasa bagi aku kawan-kawan dan orang sekeliling yang prihatin untuk nasihat aku. But once again I ignore you. I ignore the chances you gave. I ignore them all. Aku pandang sepi semua insan yang Kau utuskan.


Bantu aku Ya Allah. Bantu aku untuk meninggalkan benda-benda yang Kau larang. Benda yang aku sendiri tahu Kau tak suka. Kuatkan aku untuk menjauhkan diri dari dia. Aku tak nak dekat dengan dia lagi. Aku tak nak kotorkan hati aku lagi. Kuatkan hati aku untuk buat suruhan Kau sesempurna yang mungkin. Supaya jika esok masa aku dah tamat, dan aku dipanggil untuk jumpa Kau, bagi laporan pasal apa yg aku dh buat kat dunia ni, aku boleh pergi dalam keadaan yang suci. Dalam keadaan hati yang bersih. Sebersih ketika aku mendapat hati ini dulu. Bantu aku ya Allah. Jangan biarkan aku jauh dari Kau....

No comments: