20110613

Ayuh, cegah kemungkaran!!!



Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.
Alhamdulillah wa syukrulillah and peace be upon to The Messengger, Muhammad SAW.



Demam K-POP
Sebut sahaja Super Junior, Shinee, 2PM, 2AM, SNSD, U-Kiss, SS501, MBLAQ, FT-Island dan ramai lagi. Sangat pasti ramai yang mengenalinya. Selebriti-selebriti Korea sudah pun menjadi kegilaan ramai terutamanya di Malaysia sampaikan Astro sendiri telah pun menyediakan 2 saluran khas (KBS dan One) untuk rancangan Korea ditambah lagi dengan slot K-POP Hitz di saluran Hitz 705.

Teman-teman seangkatan bakal-bakal guru pun turut terjebak sama apabila lagu-lagu SHINEE terutamanya kerap kali diulang main. Apa yang menarik perhatian adalah apabila salah satu lagunya benar-benar membuatkan saya sendiri berfikir. LUCIFER. Konspirasi lagikah? Erm...


Yahudi, Freemason Terus Berleluasa
Umum mengetahui bahawa Yahudi, musuh utama dunia ini punyai pelbagai agenda tersembunyi yang adakalanya sangat tak tercapai dek akal untuk memikirkannya. Tapi ia tidak mustahil bagi mereka. Rancangan yang direncana bermula beratus-ratus tahun dahulu, kini terus tersebar luas dan mungkin sahaja kita sendiri telah menjadi mangsa kepada konsprasi Yahudi ini.


Lucifer-Syaitan



Bagi sesiapa yang tak tahu, gambar di atas inilah merupakan gambar kumpulan Shinee dengan single mereka Lucifer. hah..! Sebelum dicerita lebih lanjut, anda tahu apa itu lucifer?? Klik link ini:

http://en.wikipedia.org/wiki/Lucifer

'your spell that i can't reject is LUCIFER'
'kata-kata awak yang saya tak boleh tolak ialah SYAITAN'

Bukan niat nak memburuk-burukkan lagu ni. Tak patut nak burukkan favourite song orang ramai kan? Tapi instinct saya berkata lagu ni mengajak kita menyembah lucifer/syaitan.

'i can't find a place to hide, eventhough i tried to avoid you
i can't reject you, i'm imprisoned by you
if you say it was love, if you say it was really love
don't be like this to me, her whisper is the lucifer.'

Anda rasa siapa lucifer dalam lagu ni? Bestfriend ? Saya rasa tak. Cuba teliti semula maksudnya.

Tak ada orang boleh tolak kata-kata lucifer? Atau ajaran lucifer? Lepas itu mereka rasa macam terpenjara dalam gelas kaca, tak boleh lari dari lucifer. Akan terus menunggu lucifer datang.


Paling obvious ialah dalam substitle atas ini semua perkataan lucifer ditulis dengan CAPS LOCK. kebetulan ke? Saya selalu tulis ALLAH dengan huruf besar sebagai penghormatan kepada tuhan ISLAM. Lucifer? Tuhan siapa?

Betulkan saya kalau tersilap. Maklumat di atas ialah hasil observation seorang insan dan sedikit info dari The Arrival. Tak silap saya lagu alejandro-Lady Gaga pun maksudnya lebih kurang macam ni jugak. Pengajarannya, siasat dulu maksud lagu-lagu yang kita rasa macam best, sebab tak semestinya maksud dia best jugak. Lepas ni kita dengar nasyid je la, ya. huu...

Kata insan yang menyelidik tentang isu ni, beliau bukan nak tuduh ahli SHINee ni ahli illuminati. Tapi mungkin mereka 'dibela' orang atasan yg ahli illuminati untuk pengaruh manusia-manusia yang taksub sama macam kes simbol-simbol illuminati yang ada semasa Juara Lagu yang lepas. Mungkin kumpulan Search, Hujan semua tu tak sedar yang mereka diperalatkan.

Sejak dari zaman Elvis Presley, The Beatles, Jimi Hendrix, Michael Jackson hinggalah kepada artis-artis zaman sekarang, kebanyakan mereka dibela oleh Illuminati untuk mengawal minda manusia dan mempengaruhi manusia melalui dunia hiburan. Mereka hanyalah puppet yg mengaburi mata kita. Sama ada dalam keadaan sedar atau pun di bawah sedar.

LUCIFER adalah sebahagian daripada serangan pemikiran FREEMASON terhadap seluruh umat ISLAM. Jadi... Berhati-hatilah. Sekarang ramai artis-artis Korea dah terjebak dengan freemason sama ada secara sedar atau tidak sedar, hanya Allah SWT yang mengetahuinya. Wallahua'lam. Makin lama, pengaruh Korea di negara kita makin meluas. Ramai artis-artis mereka datang ke Malaysia untuk buat konsert. Adakah ini juga mungkin salah satu dari konspirasi al-masih Dajjal? Menghidangkan hiburan yang berterusan. Erm...

Antara artis yang terlibat ialah ShiNee, Narsha, SNSD @ Girl Generation (KOREAN)

p/s : No offense to Korean fans out there. Anda dah tahu. Jadi, terpulang kepada anda. Ini hanya sekadar pendedahan. Kerana saya sendiri antara yang mengambil tahu hal ehwal hiburan Korea. Mudah-mudahan masih dilindungi.

4 comments:

sahak said...

sy benci kpop bkn sebab freemasonry,for me nothing wrong wit freemasonry,tp tahap kegeedikan kpop membuatkan bulu pubis sy menjadi busuk!

'Abidah Al-Mukhlisah said...

hayoh sahak~~~
dah tu cre mreka n org2nya..
nk wat cmane..
kalow xsuke sle ttup mata...
andaikata bleh mrubah mreka slekn..
kalow tdak ayuh kte celikkn mata ank2 mlysia yg mngaku muslim itu untk x trlalu tpngaruh dgn budaya yg dibawa mreka...

Natasya Alhabsyi said...

Alhmdulillah...
time kasih krna tlah bt entry pasal ni, sbb saye dulu mmg peminat korea gile2x...
dulu rase xleh lpas dr yg nameny korea, tp Alhmdulillh Allah dh sdarkn n skrg mule brusaha mnjauhkan diri dari ape2x yg mnjdi hijab antara hambany dgn Allah..
Entry ni sgt membantu, mekasih bnyk2x, smga kte snantiasa dilindungi oleh-Nya..amin..

Natasya Alhabsyi said...

Alhmdulillh, timekasih utk entry ni..
saye dulu peminat korea gile2x aah, xleh lpas dr yg nameny korea, baik lagu, drama, n lain2..
tp Alhmdulillh Allah dh sedarkan n in.Allah skrg dh brusaha mnjauhkn dri dari ape2x yg berbau korea ni,entry ni pn sgt mmbantu..
timekasih sgt2x..smga kte snantiasa dilindungi oleh Allah SWT..amin...