20090819

Bersediakah???

Salam Alaik... Seinfiniti kesyukuran saya panjatkan buat Ilahi Rabbi. Selawat dan salam buat nabi junjungan mulia, Rasulullah SAW serta keluarga dan sahabat baginda. Alhamdulillah, hingga detik dan saat ini saya masih berkesempatan untuk terus bernafas di atas bumiNya.

Bicara Bahasa

Hari ini sepatutnya kosong tanpa sebarang pengisian memandangkan semua kuliah dibatalkan. Pagi itu, dalam lelap yang masih indah tiba-tiba kami dikejutkan dengan pengumuman yang mahukan semua pelajar major dan minor BM ke Dewan Kuliah A bagi sesi Bicara Bahasa dengan Prof. Emeritus Dr. Nik Safiah Karim. Selepas pengumuman selesai, saya dengan pantas dan tangkasnya terus mencapai peralatan mandi lantas ke bilik air. Usai mandi saya bersiap ala kadar. Sarung jubah. Pakai tudung. Terus keluar. Berjalanlah dengan Hanie, Husna, Huda dan Kak Aida. Sampai depan pintu kuliah tiba-tiba kami diberitahu yang minor BM tak payah masuk pula. Kami tak kisah pun. Setengah jalan, ibu yakni pensyarah BM kami suruh masuk. Alhamdulillah, ada jugalah ilmu yang diperoleh hari ini.

Nikah? Pacaran? Bersediakah Saya??

Bukan tak pernah dibicarakan soal ini dengan hati sendiri. Tapi kerap kali dinafikan bahawa masanya telah tiba. Saya akur. Sememangnya tempohnya masih jauh. Perjalanan saya menjejak kasih dan cinta manusia InsyaAllah masih panjang. Saya tak mahu terburu-buru memandangkan masih banyak yang harus dikecap di depan mata. Saya juga akui, bukan tidak pernah dikejar dan mengejar kasih manusia. Namun belum sampai ke tahap yang membimbangkan. Alhamdulillah, saya masih sedar dan terus berpijak di bumi nyata. Tunggulah. Hanya itu yang mampu saya katakan bila ditanya tentang ini. Ya! Jawapan saya...
nantikanku di batas waktu wahai pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul



Dikedalaman hatiku
Tersembunyi h
arapan yang suci
Tak perlu engkau menyangsikan

Lewat kesalihanmu
Yang terukir menghiasi dirimu
Tak perlu dengan kata-kata

Sungguh walau kukelu
Tuk mengungkapkan perasaanku
Namun penantianmu pada diriku
Jangan salahkan

Kalau memang kau pilihkan aku
Tunggu sampai aku datang nanti
Kubawa kau pergi ke syurga abadi

Kini belumlah saatnya aku membalas cintamu
Nantikanku dibatas waktu

p/s: menunggu untuk dijemput walau diriku bukan BIDADARI...

1 comment:

norfarahintaib said...

teraddict lagu yang dipromot oleh dirimu......

kool