20091213

Sabarlah Sayang...

In The Name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful

"Saya nak berpergian..." kata seorang sahabat kepada saya pada suatu hari.

Saya tidak terkejut. Seringkali dirinya merantau ke sana ke mari. Merentas segala lautan yang ada di bumi. Seminggu, dua minggu. Itu normal.

Dia, sahabat yang sangat-sangat saya kagumi. Sering dahagakan ilmu membuatkan dirinya tidak pernah membiarkan masa yang terluang berlalu begitu sahaja. Lebih-lebih lagi kini dia punya masa yang agak lapang sebelum memulakan dunia barunya.

"Owh." sekadar itu jawapan saya. Malas hendak memanjangkan cerita.

Melihat saya yang seolah tidak punya perasaan, dia meneruskan bicaranya.

"Tapi, kali ni lama." sekejapan bicaranya mati. Mungkin mengharapkan jawapan dari saya. "Sebulan mungkin...atau lebih. Belum tentu." dirinya bermain dengan kata.

Bagai disentap, saya terkejut. Ya, tempoh itu sangat lama! Belum pernah dirinya merantau selama itu. Paling panjang perjalanan kembaranya sekadar dua minggu cuma. Pasti ada sesuatu yang berlaku.

Tanpa diminta sahabat saya menerangkan satu-persatu asbab dirinya ingin berpergian. Ke India (bukan ke Indonesia..maaf atas ralatnya..) katanya. Panjang. Penuh emosi.

Ujian : Tarbiyah buat hamba yang dikasihiNya

Hidup ini terlalu singkat duhai sahabat. Mehnah yang datang tempuhilah seadanya. Itu bukti Allah sayangkan dirimu.

Takkan terasa manisnya hidup andai tak dilambung gelora~UNIC (Aisya Humaira)


Terimalah bahawa inilah hakikat kehidupan yang telah dicorakkan dengan pelbagai jenis warna. Ujian yang Allah SWT datangkan kepada hambaNya adalah sebagai bentuk didikan atau tarbiyah yang sangat penting kepada proses pembinaan jiwa hamba.

Lupakah kita pada Surah Al-Ankabut ayat 2 di mana Allah berfirman pada hamba-hambaNya:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan : "Kami telah beriman!" padahal mereka tidak diuji?"


Sabarlah, sahabat. Ujian yang datang jadikan pengajaran. Allah curahkan sayangNya kepadamu melalui perantaraan ujian. Semoga dirimu ketemu apa yang dicari di sana. Doa saya sentiasa mengiringi perjalanan sahabat saya di sana kini.

p/s : Kisah ini berlaku beberapa minggu yang lalu. Barangkali apa yang dicari telah ditemui. Moga dirinya selamat pulang nanti. Amiiin...

2 comments:

Ummu Mukhlis said...

sememangnya...pelbagai warna dicorak Tuhan untuk kita menikmati kehidupan yang hakikatnya seindah pelangi!

walau payah, ukirlah senyuman, kerana hidup ini indah..

Al-Mukhlisah said...

yup...
ujian itu trbiyah dr Allah..
^_^