20120525

Murabbi Osem, Gorgeous, Fantabulous dan Daebak! Saya Mahu, Anda?




Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah, Most Patient and Most Clement






Jummah Mubarak!

Sekejap! Jujum tolong saya? :D


*molat-molatkan bibir sambil menghembus dengan jayanya* ~ngee


Fuuuuuuhhh, fuuuhhh, fffuuhhh! Ok, berhabuk sudah. Harus untuk mengilatkan kembali dengan Brasso. Ngehehe. Aseef, penyakit buat-buat sibuk sepanjang semester pengajian melanda diri. Terima kasih banyak yang tolong bersihkan. ^_^v

Alhamdulillah, alhamdulillah. Alhamdulillah wa syukrulillah. Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Puji-pujian dirafakkan pada Sang Pemilik hati juga diri kerdil ini. Woohoo! *melompat comel gaya Gil Ra Im (Secret Garden)* Rumah manis rumah!

Usai tamat menulis perkataan terakhir di atas kertas BMM 3104 semalam,

kertas diikat,

stationery dikemas,

semakan terakhir dibuat,
*innallahakana zalika 'alallahi yasira* (doa ketika menyemak kembali soalan)

kertas ditolak ke sudut kiri,
*wakafa billahi waliyyaukafa billahi wakila* (doa ketika menyerahkan kertas)

bangun,

dan menapak keluar dengan senyuman.


Terima kasih, ya Tuhan atas segala nikmat dan kemudahan yang diberikan sepanjang tempoh peperiksaan. Mohon restu dan redhaMu agar najah hendaknya. Allahumma Aamiiin. *tadah tangan ramai-ramai dan aminkan bersama, ya? ^_^v*

Berakhir kertas semalam maka berakhir juga tempoh pengajian untuk semester 5 bagi Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Sains Sosial). Bermakna, berbaki tiga semester lagi sebelum keluar menapak sebagai guru di alam realiti. Owh, sudah empat tahun rupanya bermastautin di bumi Lipis. Secelik mata sahaja.

Allah... Terkadang sungguh terasa berat untuk melangkah dan mengaku diri ini bakal memegang amanah itu. Murabbi, guru, muaddib, muallim, cikgu, ustazah atau apa sahaja yang selayaknya. Saban waktu merasakan kekurangan dan kekerdilan diri untuk menyebarluaskan ilmu kepada anak-anak suci di luar sana. Bakal pemimpin ummah generasi seterusnya.

Tempoh praktikum selama sebulan di SK Lubok Kulit, Kuala Lipis tempoh hari juga menjadi tempoh proses mematangkan diri terhadap dunia guru sebenar. Mereka anak-anak yang sangat hebat! Terima kasih atas semua pengalaman yang sudi dihadiahkan buat cikgu kecil ini wahai anak-anak. *merindui* T_T







Ah, tempoh ke depan masih bakal mengutip anak-anak yang ramai lagi bukan? Huhu. Ok, straight to the titik? Baekkk.

Tak ada bicara panjang yang mahu diterjemah pun sebenarnya. Lama sudah tidak membasahkan jiwa-jiwa di luar sana. Meninggalkan tanggungjawabkah? Maafkan saya wahai diri. *tertunduk malu*

Kali ini, mari! Saya kongsikan satu petikan video. Very3 inspiring! Happy watching uollz.



Special dedicate to all The Murabbians and The Mutarabbians. *i'm both! erk, am i?*








Bukan mudah untuk membina manusia...
Kerja yang ramai orang tak suka sebab macam 'leceh dan lambat'
Ianya perlukan kesungguhan, kesabaran dan pengorbanan tanpa mengenal erti putus asa... Begitulah KITA, murabbi ummah ini...

1) Tarbiyyah bukan sekadar menyampaikan ilmu semata-mata tetapi ianya perlu menyentuh/membentuk hati dan perasaan seseorang melalui proses FOLLOW UP yang paaaaaaanjang dan berterusannnnnn...

2) Mendidik anak usrah bukan sekadar dalam pertemuan usrah yg sejam semata-mata, tetapi proses mendidik perlu di teruskan sepanjang masa sehingga ke usrah minggu hadapannya (24jam x 7 hari)... (cikgu tu 'kejar' dia sampai di luar kelas jugak)

3) kena 'pillow talk' one-on-one (tak semestinya waktu malam) dengan anak usrah untuk kenal/taaruf dia dengan lebih mendalam dan memahami masalah nya... supaya KITA tak salah dalam pre-judgemental anak usrah KITA... mungkin ada perkara yg KITA tidak tahu kenapa dia buat/jadi sebegitu, lantas KITA pun marah-marah dan bersangka buruk terhadapnya... (kenapa dia tidor/fail dlm kelas... bukan sebab dia malas, tapi kerana dia kena kerja sampai lewat malam sebab famili miskin.. cikgu lain marah2 dia sbb tak tahu masalah sebenar dia...)

4) kena bantu anak usrah KITA untuk berubah menjadi lebih baik dan juga bantu jika ada sebarang masalah...

5) murabbi kena ada perasaan kasih sayang dan cinta yang hebat kepada anak usrahnya...

6) jangan sesekali terputus berhubung dengan mutarabbi... selalu call/sms/etc dgn anak usrah... (cikgu tu selalu sms dia)

LETS US BE AN INSPIRING MURABBI ♥ ♥ ♥ and MUTARABBI too!!!



#err.. Saya di mana?


Fi Amanillah,
Sayap Kiri Ar-Rijal
4 Rejab 1433H

4 comments:

~cik atin~ said...

wah. tersentap tonton video ni.. sob3

nak jado murabbi yang dapat memanusiakan manusia. ameen..

Al-Mukhlisah said...

sentap kn..huhu
mdh2an kte smua mampu..
allahumma ameen...

Pemimpi Tegar said...

Serius menarik !

Al-Mukhlisah said...

wasalam...
JZKK ats ziarahnya..jemput datang selalu ya. :)