20091117

Kembara Mimpi Mencari Diri...

tenang di awal pagi


perkongsian menarik di hari ke-2...KRISTIANITI


khusyuk menelaah 'Bible'




Alhamdulillah....

Segala puji dan syukur buat Ilahi Rabbi. Selesai sudah kembara ilmu saya beserta adik dan beberapa teman lain di bumi MMU... Biarpun saya cuma dipilih Allah untuk mengutip ilmu-ilmuNya di sana sekadar 1 hari setengah cuma, namun ianya cukup berbaloi. Banyak yang ditimba sepanjang pengembaraan merentasi perbincangan pelbagai agama di sana.

Ya Allah, moga diri ini masih terus menjadi pilihanMu untuk mengutip ilmu-ilmuMu...


Tiada apa yang ingin saya bicarakan mengenai Seminar Perbandingan Agama @ Modern Da'ie itu kerana saya yakin, pasti ada teman-teman lain yang turut sama ingin berkongsi rasa mereka. Cuma satu yang dapat saya simpulkan.

Semakin dicari, semakin jelas kesempurnaannya...ISLAM.

Jadi, kajilah, selidiklah apa jua agama yang ada, saya yakin dan pasti cuma ISLAM yang sempurna...

Kesal...Sesal...

Sepanjang perjalanan pulang dari MMU Zohor Ahad itu hinggalah perjalanan pulang ke Kuala Lipis, hati dan fikiran saya tidak henti-henti memikirkan penyesalan saya kerana mengambil keputusan untuk pulang lebih awal dari program tersebut demi mengejar bas ke Kuala Lipis petang itu. Andai diturutkan hati, mahu saja saya mengikut teman-teman yang lain untuk mengextend kepulangan ke IPG kepada hari Isnin. Tetapi, memikirkan yang saya bakal terpaksa menghadap pensyarah-pensyarah di Jabatan HEP demi menagih buku balik kampung sekali lagi lantas saya matikan hasrat itu. Dek kerana itu, program itu pula yang terpaksa saya korbankan dan sekali lagi ayat yang biasa saya gunakan menerjah dalam kotak fikiran saya.

"Bukan saya yang Allah pilih..."

Ya! Pasti ada hikmahnya... Biarlah. Lain kali pasti ada untuk saya. Moga terus diberi kesempatan. Harap-harapnya...

Celaru...Keliru!!!

Tak cukup dengan itu, satu lagi perkara menerobos masuk ke dalam kantung fikiran saya. Hinggakan saat entry ini dipost sekalipun, saya masih memikirkan hal yang satu ini. Hampir kesekian kali saya diuji dengan perkara sebegini. Saya tidak menolaknya kerana saya yakin Allah punya rencanaNya tersendiri. Pengalaman buat saya. Saya tak dapat merasai suasananya seperti teman-teman lain. Barangkali indah yang datang menerpa namun mungkin juga sebenarnya derita yang datang menerjah mereka-mereka yang berada dalam situasi ini. Saya bersyukur, sampai saat ini saya masih terpelihara dari rasa itu.

"Ya Ilahi Rabbi, moga Kau hadirkan dia yang terbaik buat diriku...Amiiin"

5 comments:

imtiaz said...

ngeee..bkn x dpilih Allah.tp Allah kan tahu segalanya..

jgn la sedih2 +kenang2.Tk baik utk ibu mengandung

haha..peace!

Al-Mukhlisah said...

hehehe...
pndi la akak...
nti kalow ade lg kte pg same2 ea...
slmt cuti2 ye

An-Nizamuddin Shah said...

salam..

salam ziarah dari direktor moden daie..(^_^)..

Al-Mukhlisah said...

wasalam...
la...ni direktornye ke???
tq2 direktor sudi sgah...
dtg lg ye..

Shahrul Nizam Mohamed said...

ur welcome...

singgah2 la ke blog ana juga..

(^_^)..