20111219

Nak Sweet Dengan Kamu Je! ~wee ^_^




Keluh-kesah si saya yang memerhati


.::sigh::.




Maaf. Tak ada niat pun nak mengeluh. And, and, and saya tertak ada niat juga untuk menulis sebenarnya. Tapi ada sesuatu yang menunjal-nunjal medulla oblongata saya untuk sama-sama berkongsi cheritera ini sebagai kisah dongeng bagi mengisi koleksi bedtime story anda.


Tapi, caution! Corat-coret saya kali ini panjangnya teramat. Kalau anda mahu mencapai tahap keosemness dan kedaebakan dalam hidup ini sambunglah tatapan mata anda sehingga ke bawah. Jika tidak, silakan memangkahnya pada butang [x] yang merahnya mak ngah! di atas. Tiada paksaan ke atas kamu, bahkan kamu juga kamu untuk menjadikan ini sebagai bahan bacaan.




.::teruskan membaca dalam keadaan iman yang masih stabil..saya sayang anda semua..peace yaw!! ^_^v::.





Lately (baca: yeke? rasanya selalu), ramai yang sibuk dengan soal jodoh, tunang, kahwin, nikah, cinta etc. Kadang-kadang, jujur saya rasa muak. Saban hari mendengarkan cerita perihal si fulan dengan si fulan tengah ada crush. Si dia dengan si anu tu dah couple sekarang. Yang A pulak baru je break dengan N. Uda sekarang dah tak sabar hantar rombongan merisik dekat Dara. Sambil-sambil yang Dewa ni dah siap-siap nak menikah esok dengan Cik Dewi. Allah~~ Saya bosan! Sungguh. Kalau boleh mahu saja rasanya saya hentam satu demi satu statement mereka yang kononnya sangat berani mendedahkan perihal kisah cinta di khalayak. Tak kiralah sama ada di Blog, Facebook, Twitter atau apa saja medium. Urghh!!!







Guna-guna dengan bijak laman-laman ini, tahu?



.::inhale..deep..exhale..say Astaghfirullah::.





Owh, kamu-kamu semua! Apakah? Saya bukan cemburu. Sungguh! Langsung tidak. Walau sekelumit. Cuma saya kekurangan rasa kesukaan saja terhadap tindakan-tindakan sebegitu. Tapi, saya diingatkan. Its okay. Itu kan fitrah. Ada rasa cinta itu normal. Rasa sayang, rindu, suka. Itu juga normal.




Jadi, tepuk dada tanya iman anda.



Saya juga ada semua rasa tu. Never deny. Soooooo true. Saya sayang kamu. Ye, kamu! Kamu yang sedang membaca ini (say:Alhamdulillah). Rindu pada kamu. Suka dekat kamu. wee~~ Dengan semua rasa itu, saya punya cita-cita. Cita-cita yang saaangat tinggi. Mahu menembus syurga bersama kalian. Sungguh! Kalau betul sayang masakan saya mahu bawa kamu-kamu semua ke jalan menuju nerakaNya kan? Jadi, kamu! Sudi ke syurga bersama saya? Please do say yes....


Namun, berbalik pada perihal kisah cinta antara manusia ini buat saya berfikir. Berbagai persoalan berlegar-legar di kaki lima minda saya. Masakan saya yang sungguh jarang-jarang mahu menulis di blog tiba-tiba jari jemari mulus ini dapat menaip dengan laju tanpa batasan. Owh, tidak. Saya masih cuba sedaya-upaya menapis setiap tulisan saya agar tidak melepasi garisan yang tidak sepatutnya.


Hal ini timbul saat saya membuka laman FB pada suatu hari. Berpuluh-puluh manusia bahkan mungkin mencecah ratusan saya kira yang mengepost sebuah video. Saya tidak mahu mendedahkan berkenaan video tersebut. Saya juga tidak berniat menuding jari. Lantas berzillion kemaafan saya hulur kepada yang berkenaan andai kata-kata ini mengguris sanubari.


Pusing semula kepada topik asal. Saya cukup yakin, pasti ramai yang sudah menontonnya. Andai dilihat pada komen-komen yang datang beriringan dengan video tersebut rata-ratanya tampil dengan perkataan ini. "Sweetnya!" Erm.. Erm.. Erm.. Terpulang~~


Saya tak mahu itu yang menjadi bualan.
Saya bangkitkan persoalan di tasik pemikiran kamu semua. Apa yang kalian cari sebenarnya? Bukan! Bukan kalian! Tapi kita... Di sebalik kisah cinta masing-masing dengan timelinenya yang daebak! kononnya. Kenapa? Kenapa semua harus didedahkan dengan rasa bangga? Ya, ya! Saya akui. Setiap orang berlainan caranya. Barangkali kalian cuma mahu orang lain mengambil iktibar dari cheritera kalian yang kononnya suci itu. Entahlah. Saya kurang berkenan. Kamu tahukah sebenarnya apa itu 'sweet' dalam satu-satu perhubungan?


Jom! Ikut saya. Kita selusuri kisah cinta Kekasih Allah yang lebih sweet, osem lagi daebak ini. Konfesi cinta Baginda terhadap isterinya yang rupawan, Aisyah Humaira'. Tapi tolong highlight, italic, gariskan atau kalau boleh boldkan terus perkataan ISTERI. Jadi jelas di situ yang Rasulullah sweet pada kekasih halal sahaja yakni hubungan yang diperakui sah di sisi undang-undang Yang Maha Agung.


Kisah ini saya terbaca di satu ruangan blog yang saya telah hilang pautannya. Juga yang membangkitkan isu video yang sama. Lantas saya kongsikan untuk anda semua.



Blogger tersebut memetik sebuah hadis yang mana berbunyi:




"Apabila engkau tidak merasai malu, lakukanlah apa sahaja yang kamu mahukan."
[Riwayat al-Bukhari]




Bukan menghentam atau menyalahkan mana-mana pihak bahkan juga tidak sesekali mahu mengangkat tangan serta mendabik dada dengan mengatakan kami orang baik. Anda bebas dengan pandangan masing-masing. Saya tak nafikan pon kesweetan cara mengpropose yang cuba ditonjolkan. Cuma jomlah, kita sama-sama fikir. Baik dan buruknya. Kalau saya di pihak yang salah, sekali lagi maaf saya hulur. Ini sekadar tulisan berbentuk luahan personal.


Anda tahu bukan, Rasululllah SAW sangat romantik orangnya? Bahkan Baginda menzahirkan rasa cinta kepada isterinya dikhalayak ramai. Nah! Itu bukti yang Rasulullah sangat sweet dan romantika de amor.



Rindu padamu, Ya Habibi. T_T


 

Mari baca kisah cinta itu.



Suatu ketika, sahabat Nabi SAW yang bernama 'Amr bin al-Ash bertanya kepada Rasulullah SAW siapakah dia orang yang paling dicintai oleh Baginda. Tujuan soalan ini ditanyakan oleh 'Amr adalah kerana perhatian dan fokus yang Nabi tunjukkan setiap kali berbicara dengan seseorang, Nabi akan membuatkan orang tersebut merasakan seakan-seakan dirinya adalah orang yang paling dicintai oleh Nabi. SubhanaAllah! Lihat bertapa mulia watak dan peran seorang Rasul, jauh nak dibanding dengan cara kita berinteraksi dengan manusia. Ramai orang rasa macam kita paling benci mereka.


Jadi 'Amr bertanya kepada Rasulullah SAW,
“Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling engkau cintai?”


Soalan ini ditanya oleh 'Amr dengan harapan, jawapan yang bakal Nabi berikan adalah dirinya sendiri. Tetapi Nabi SAW memberikan jawapan yang agak memeranjatkan.



Baginda menjawab,
“Aisyah.”


Kemudian 'Amr mencuba untuk kali yang kedua untuk mendapatkan jawapan yang diinginkanya.


'Amr bertanya,
“Dari kalangan laki-laki?''


Baginda menjawab, "Ayahnya".


SubhanaAllah! See.. See.. Lihatlah betapa Nabi cinta kepada isterinya, dan tanpa segan silu baginda menzahirkannya di khalayak. Lagi-lagi dihadapan sahabat-sahabat baginda. Tidak cukup dengan itu. Saat ditanya, siapakah dikalangan laki-laki yang Nabi cinta, Nabi tidak dengan mudah menjawab Abu Bakr RA, tetapi baginda tetap mahu mengaitkannya dengan isterinya 'Aisyah RA dengan berkata, "Ayahnya".



Romantik bukan? Lebih sweet bukan? Dan benar-benar daebak! Ohohohohoho...


Saya bawakan lagi satu cheritera kisah kesweetan Ya Habibi Rasulullah terhadap isteri Baginda. Teruskan membaca dengan lapang hati ya.



Pernah di suatu ketika, terdapat sebuah kisah yang disampaikan oleh ‘Abbas al-’Aqad di dalam 'Abqariah Al-Siddiq berkenaan dengan sebuah syair yang telah dihafal oleh ‘Aisyah RA. Syair berkenaan dipelajari oleh ‘Aisyah daripada bapanya, pahlawan agama terulung yang lebih hebat dari Naruto, Ultraman Zeus, Power Rangers mahu pun Kamen Rider yakni Abu Bakr al-Siddiq RA.


Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah SAW memperbaiki kasut baginda. Di dahi Baginda mengalir peluh hingga ke pipi. Ketika itu ‘Aisyah mendatangi dan memerhatikan baginda dari dekat, seolah-olah teringatkan sesuatu.


Lalu Rasulullah SAW bertanya, “Apakah hal yang menyebabkan engkau tercengang?”


‘Aisyah menjawab, “Diriku merenung wajahmu, dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku. Sekiranya Abu Kabir al-Hazli melihatmu, pastilah dia tahu bahawa engkaulah orang yang paling berhak terhadap syairnya.”


Baginda bertanya lagi, “Apakah yang dia katakan?”


‘Aisyah menjawab dengan lantunan syair:



Tidak berbekas padanya (kebudak-budakan) susuan ibu atau sakit yang melarat
Jika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri-seri
Bercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar



.::subhanallah!!!::.



Baginda Rasulullah SAW tatkala mendengar syair itu melepaskan apa yang ada di tangan Baginda.



Lantas Baginda bangun lalu mencium dahi ‘Aisyah seraya berkata, “Kemanisan apa yang telah engkau ungkapkan, adalah lebih mengujakan berbanding pandangan peluhku berbekas kepada dirimu!” [Lihat juga Rahmat-ul-lil-Aalameen: Jilid 2, ms. 153]



Owh~~ Itu sangat sweet! Sangat! Super Duper Romantik yaw!


Allah! Andai mampu lagi untuk anda, saya dan sesiapa saja selongkar kisah kesweetan, keosemness dan kedaebakan cheritera cinta Rasul dan isterinya, pasti terlalu banyak untuk diungkapkan. Ini baru benar kisah cinta romantik yang harus anda bilang "SWEET!" tanpa segan silu.


Beberapa lagi ringkasan daripada
seerah Rasulullah SAW yang ingin dikongsi. Ingatkan bagaimana Baginda menyuapkan makanan ke mulut isteri baginda? Dan lagi, bagaimana mereka saling bergurau senda, memanggil dengan nama manja. Juga kisah mereka berlumba lari di tepi pantai, ingat? Turut berkongsi letak bibir yang sama pada sebuah cawan. Owh~ Juga bagaimana Rasulullah SAW yang super bizi itu memberikan masa kualiti untuk membantu isteri-isteri baginda di rumah dan bagaimana Rasulullah SAW mengajak isteri-isteri baginda keluar travel jauh-jauh, musafir bersama-sama.


Baik, straight to the titik. Jadi persoalannya, apa salahnya orang nak sweet-sweet dengan pasangan mereka? Bukankah itu adalah sunnah yang sahihah? Kan? Kan?


Ia adalah sunnah Rasulullah SAW yang sahihah, mana-mana lelaki yang tidak bersikap demikian kepada isteri mereka, mereka tidak mengikut sunnah Baginda SAW.


Ya, awak. Betul-betul. Tapi sila scroll semula ke atas. Baca semula pesanan saya di awal-awal tadi. ISTERI, ok?! Semua kisah-kisah sunnah tadi, adalah kisah bagaimana Nabi SAW sweet dan super duper romantik terhadap isteri-isteri baginda. Isteri yang sah selepas akad nikah, bukan kepada girlfriend, makwe, tunang atau mana-mana kawan perempuan! 


Inilah persepsi yang kita nak betulkan. Jangan guna dalil yang sahihah, tapi kesimpulan dan 'amal yang dilakukan pula tidak sahihah. Faham, bukan?


Bila dalam hati ada taman, bhai! and got a butterfly bertebaran menari-nari ditambah perasaan berbunga-bunga bak Sang Arjuna yang baru dipanah Si Cupid Kurang Cerdik itu, kita seringkali ingin kongsikan perasaan tersebut dengan semua orang. Kita ingin semua orang tahu, yang kita ini sangat bahagia. Memang tak salah, sayangku. Tetapi kita perlu selalu berhati-hati. Janganlah terburu-buru sangat.


Anda nak bercinta? Bercintalah! Saya tak pernah pun terungkapkan bahawa bercinta itu salah. Cara anda bagaimana juga tidak mahu saya pertikaikan. Anda berhak dengan cara masing-masing itu. Tapi pada saya,
being a sweet and romantic person ini sangat mahal harganya. Jangan dijual dengan harga yang murah kepada sesiapa yang belum layak mendapatkanya.


Saya berpegang pada prinsip secara tegas bahawa, "Saya mahu sweet dengan kamu je, wahai Encik (bakal) Zauj terchenta! ^_^v



"Menunggu untuk dijemput, walau diriku bukan bidadari."

Sebab itulah berkali-kali saya mohon maaf terhadap tulisan saya ini. Kerna ia benar-benar berbentuk peribadi. Sungguh saya sangatlah tidak gemar sebenarnya saat melewati laman FB lantas membaca perihal lelaki dan perempuan, ikhwah dan akhawat, syabab dan fatayat, pemuda dan pemudi, saling berbalas komen secara romantika. Walaupun sedikit.





Ehem! Elakkan yang sebegini, faham? Kisah cintamu biarkan hanya milik kamu. Itu baru OSEM!



Saya bawakan lagi sedikit perkongsian dari laman yang saya temui itu. Benar-benar saya menyukai setiap bait yang tertulis.




Beliau memetik satu kata-kata yang memang daebak! dan dikreditkan kepada Syaikh Waleed Basyouni iaitu salah seorang tenaga pengajar di Al-Maghrib Institute.



"Your heart is very valuable,so don't let someone enter your heart unless they deserve it"
[Syaikh Waleed Basyouni]


Masih ingat pada sepotong hadis if I'm not mistaken dan hal ini juga seringkali diperingatkan kepada saya oleh seorang teman bahawa Islam itu datang dalam keadaan dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang. Secara huraiannya, Islam itu asing dan di akhir zaman akan kembali menjadi asing. Zaman ini memang sangat mengelirukan. Apa yang benar dipandang asing dan kolot, apa yang tidak benar dikatakan cara hidup yang semua perlu ikut.


Namun, disinilah iman kita diletakkan pada pentas ujian. Kita yang harus tahu untuk menggerakkannya pada jalan yang sepatutnya. Kita yang harus bertahan dan berusaha sedaya upaya untuk melakukan semua perkara berpandukan wahyu Tuhan dan petunjuk Utusan Tuhan, Rasululullah SAW.





Okay anda-anda semua. Pengakhiran. Sekali lagi saya susun jari-jemari pinjaman Yang Maha Agung memohon berzillion limau gedang kemaafan terhadap tulisan ini. Sekadar luahan yang terbuku. Kredit pada yang mengilhamkan isi penulisan ini kepada saya. Anda yang membaca berhak memilih mana-mana jalan yang anda kira baik untuk anda. Namun jangan dilupa, ayuh laksanakan janji kita pada Pemilik Cinta sebenar sebagai khalifah di muka bumi ini. Alam harus ditadbir sebaiknya oleh kita. Pewaris cinta Nabi (rindu padamu, Ya Habibi Rasulullah... T_T).



 

p/s: Alang-alang dah tertulis perihal cinta lantas saya dengan ini sebagai klasmet terchenta juga merangkap naqibah yang masih serba kekurangan terhadap kamu, Wan Noorhusna dan zauj yang anda kasihi Mohammad Izzul Islam, mengucapkan Barakallahu Lakuma Wabaraka Alaikuma Wajamaa Bainakuma Fi Khair (dengan nada lagu Maher Zain) atas pernikahan yang berlangsung pada 9 Disember 2011 yang lalu. Mabruk, mabruk, mabruk (lagu Irfan Makki pula..hehe)! Selamat menempuh perjalanan menuju syurga bersama-sama. Dan macam yang saya sebut banyak-banyak kali, tolong doakan yang lain menyusul pula lepas ni, ye! Amin, amin, amin...


Jeles! Kamu mendahului saya, kawan.. huhu..
 



fi amanillah
Sayap Kiri Ar-Rijal
Muharam 1433H
20111219 : 1832

8 comments:

flycamar said...

nice.. semoga diri ini mampu membuat penulisan sebegini.. dr hati yg telus

Al-Mukhlisah said...

^_^
sekadar luahan rasa..
boleh je nk mnulis cmni...
wat mcm brckp biase je...

Izzati Aisyah said...

nice ! thumbs up !
:)

Al-Mukhlisah said...

nurizzati aisyah:
thanx!!! :))

ash_mza said...

tersenyum:)
barangkali rasa muak saya telah dimuntahkatakan anda^_^'V

terima kasih.

agree3 so much~> being a sweet and romantic person sgt mahal harganya.jgn pernah djual pada sesiapa yg belum layak.

dan kata2 Syeikh Waleed Basyouni itu cuba saya ikat kemas2 dalam jiwa ini.

"your heart is very valuable, so don't let someone enter your heart unless they deserve it"!

well~daebak!!Alhamdulillah wa syukrillah:)

Al-Mukhlisah said...

ash~!!
ya habibati.. :))
amek ini sbgi pnduan ok..
skdr brkongsi rase...
andai ad yg trsilap kata mohon same dbtulkn...
psanan brsame : jge Allah, jge iman, jge dri, jge hati, jge maruah, jge peribadi..
aman~!!!

umairah safiyyah said...

Assalamualaikum..

waa saya suka entry akak..
penulisan yg mantap!rasanya terus terkena dgn siapa pun yg makan cili.
>ampunkan saya< .
*hantaman yang agak kuat, hee~

bukan nak menyalahkan mana2 pihak tapi cuba untuk koreksi diri (=

cuma nak kita buka minda..

cuba bayangkan pula bagaimana jika selepas kita sudah menghabiskan sejumlah masa dengan seseorang,dengan kita curahkan semua perasaan dan kelakuan sweet plus romantic kita,tiba-tiba tak jadi nikah. Apa jaminan ia tidak akan menghantui hubungan kita dengan isteri kita yang sah suatu masa nanti?

renungan untuk kita semua, peace yaw, hehe. daebakkk kak!!!

Al-Mukhlisah said...

umairah safiyyah

wasalam adikku syg~~ :))

amek pngajaran ye..mane yg sweet2 tu smpanla untk yg halal..
xrugi pon smpan..
sungguh!!!